Aidilfitri: Johor sedia lebih 23 bas bawa pulang mahasiswa ke kampung

Sebanyak 23 bas secara percuma disediakan untuk membawa mahasiswa Johor pulang ke kampung halaman menyambut Aidilfitri.
Sebanyak 23 bas secara percuma disediakan untuk membawa mahasiswa Johor pulang ke kampung halaman menyambut Aidilfitri.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri menyediakan lebih 23 bas secara percuma untuk membawa kira-kira 1,000 mahasiswa Johor pulang ke kampung halaman menyambut Aidilfitri.

Exco Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin berkata, inisiatif menerusi Jom Balik Raya Bas Percuma Mahasiswa Johor membabitkan 11 institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara.

Jelasnya, program tersebut merupakan kerjasama antara Yayasan Pelajaran Johor, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Gabungan Anak Johor dan Persatuan-Persatuan Mahasiswa Anak Johor di IPT terlibat.

"Kerajaan negeri memperuntukan sebanyak RM100,000 yang memanfaatkan kira-kira 1,000 mahasiswa anak Johor dengan lebih 23 buah bas digunakan bagi penuntut di 11 IPT seluruh Malaysia.

"Program telah bermula pada 29 Mac sehingga 6 April membabitkan 11 IPT antaranya Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Putra Malaysia (UPM)," ujarnya dalam kenyataan pada Ahad.

Sebanyak 23 bas secara percuma disediakan untuk membawa mahasiswa Johor pulang ke kampung halaman menyambut Aidilfitri.
Sebanyak 23 bas secara percuma disediakan untuk membawa mahasiswa Johor pulang ke kampung halaman menyambut Aidilfitri.

Jelasnya, kerajaan negeri komited dalam menjaga kebajikan dan hal ehwal orang muda terutamanya dalam kalangan mahasiswa.

"Inisiatif Program Jom Balik Raya Bas Percuma Mahasiswa Johor sempena cuti perayaan Aidilfitri 2024 bertujuan untuk membantu penuntut mahasiswa Johor yang merantau jauh di IPT seluruh negara.

Artikel Berkaitan:

"Mahisiswa dapat pulang ke selatan tanah air dengan selesa dan selamat serta dapat mengurangkan bebanan kos pengangkutan mahasiswa untuk pulang beraya bersama keluarga tercinta," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!