Saudara baru rai 80 warga emas, asnaf buka puasa

Muhammad Farhan (empat dari kiri) bergambar bersama peserta Majlis Buka Puasa Warga Emas/Asnaf yang dianjurkannya di sebuah restoran di ibu kota. - Foto: FB Cikgu Param.
Muhammad Farhan (empat dari kiri) bergambar bersama peserta Majlis Buka Puasa Warga Emas/Asnaf yang dianjurkannya di sebuah restoran di ibu kota. - Foto: FB Cikgu Param.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Saudara baharu, Muhammad Farhan Param Kunaseigaran, 37, berkongsi rezeki di bulan Ramadan dengan meraikan 80 warga emas dan asnaf dalam majlis buka puasa yang diadakan baru-baru ini.

Muhammad Farhan atau lebih dikenali sebagai cikgu Param berkata, mereka terdiri penduduk yang tinggal di tujuh Perumahan Awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurutnya, program tersebut mendapat sambutan memberangsangkan selepas menerima jumlah penyertaan melebihi sasaran.

Muhammad Farhan (kiri) berbuka puasa bersama peserta. - Foto: FB Cikgu Param.
Muhammad Farhan (kiri) berbuka puasa bersama peserta. - Foto: FB Cikgu Param.

"Sasaran awal hanya seramai 30 hingga 50 orang, tapi ALLAH SWT memudahkan urusan saya melalui sahabat sekalian sehingga dapat meraikan hampir 80 warga emas dan asnaf.

"Kesemua mereka datang daripada PA DBKL Taman Ikan Emas, Flat Sri Pulau Pinang, Flat Sri Johor (4A,4B, 4C),Flat Sri Melaka dan Pangsapuri Indah Mas," katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Beliau yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan berkata, program berlangsung dengan meriah dan tiada meja VIP disediakan bertepatan konsep 'Kita Semua Sama Tiada Beza'.

Ujarnya, tetamu diraikan juga tidak pulang tangan kosong sebaliknya turut diberikan 'goodies' raya mengandungi beras 5kg daripada Dana Kita berserta kurma, tin sardin, rempah ratus serta kain pelikat atau batik juga duit raya.

Artikel Berkaitan:

Muhammad Farhan (tiga dari kanan) bergambar bersama peserta Majlis Buka Puasa Warga Emas/Asnaf yang dianjurkannya di sebuah restoran di ibu kota. - Foto: FB Cikgu Param.
Muhammad Farhan (tiga dari kanan) bergambar bersama peserta Majlis Buka Puasa Warga Emas/Asnaf yang dianjurkannya di sebuah restoran di ibu kota. - Foto: FB Cikgu Param.

"Terima kasih kepada semua penyumbang, sahabat media sosial dan semua sukarelawan yang menjadikan majlis ini sebagai satu realiti serta berjalan lancar.

"Sekiranya ada sahabat yang ingin sampaikan zakat, bantuan atau sumbangan kepada warga emas/asnaf boleh hubungi saya, " katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!