Pemandu bas saban tahun beraya atas lebuh raya
BERITA SEMASA 9 APRIL 2024
Ketika ramai dalam kalangan kita sedang bergembira pada Hari Raya Aidilfitri, masih ada yang tidak dapat meraikan ketibaan hari mulia tersebut atas tanggungjawab serta amanah yang diberikan kepada mereka, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.
Seperti biasa, mereka tidak akan berada bersama keluarga pada pagi 1 Syawal tetapi sebaliknya berada nun jauh di lebuh raya bagi bersama orang ramai yang menuju ke pelbagai destinasi termasuk pulang berhari raya.
Bagaimanapun, itulah rutin yang perlu dilalui oleh kebanyakan pemandu bas yang saban tahun meraikan ketibaan 1 Syawal, di tengah-tengah lebuh raya (highway), bagi melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: amsound-anotherchance dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Aidilfitri #HariRaya #PemanduBas