'Sepanjang dalam penjara tak senang duduk fikirkan nasib anak'
BERITA SEMASA 7 APRIL 2024
Seorang prospek yang dibebaskan secara berlesen menerusi Program Pelepasan Orang Bebas Berlesen (OBB) dari Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Machang pada Ahad sudah tidak sabar untuk menyambut Aidilfitri dan memohon maaf kepada anak perempuan tunggalnya, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Lelaki berusia 40an yang hanya mahu dikenali sebagai Isa mendedahkan sepanjang meringkuk dalam penjara dia tidak senang duduk memikirkan nasib anaknya berusia 15 tahun itu.
Isa dan isteri telah lama berpisah. Sejak itu kemana sahaja Isa pergi anaknya akan dibawa bersama.
Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/658674/berita/semasa/sepanjang-dalam-penjara-tak-senang-duduk-fikir-nasib-anak
Muzik: Sad Day dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kelantan #Penjara #Prospek