Baju Melayu ke Penjara Guantanamo
08 April 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 8 APRIL 2024
Aidilfitri kali ini dirasakan cukup berbeza buat keluarga Nazir Lep yang merupakan seorang daripada dua rakyat Malaysia yang ditahan di Penjara Teluk Guantanamo sejak 20 tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Perbincangan dilakukan kerajaan bersama pihak berkuasa Guantanamo dan perbicaraan di mahkamah memberi harapan kepulangan Nazir yang merupakan anak bongsu dari lapan beradik itu ke pangkuan keluarga.
Abangnya, Najib Lep, 60 berkata baju Melayu dan tanjak yang dihantar ke Guantanamo akan dipakai Nazir, pada pagi Aidilfitri.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: amsound-anotherchance dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Aidilfitri #HariRaya #Johor #Guantanamo