Suami, isteri maut nahas dua kenderaan di Jalan Gerik-Jeli

Dua individu dilaporkan maut dalam nahas dua kenderaan di Jalan Gerik - Jeli pada Ahad. - Foto:Bomba
Dua individu dilaporkan maut dalam nahas dua kenderaan di Jalan Gerik - Jeli pada Ahad. - Foto:Bomba
A
A
A

GERIK - [DIKEMAS KINI] Dua beradik menjadi yatim piatu selepas kedua ibu bapa mereka meninggal dunia selepas terbabit kemalangan di Kilometer 51.3 Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik- Jeli di sini pada Ahad.

Mangsa yang juga pesara tentera, Kamizan Kasimon, 42, dan isterinya, Noor Asmah Mat Zainal, 38, disahkan maut di tempat kejadian.

Mangsa cedera nahad dua kenderaan dibawa ke hospital bagi mendapat rawatan lanjut. - Foto:Bomba
Mangsa cedera nahad dua kenderaan dibawa ke hospital bagi mendapat rawatan lanjut. - Foto:Bomba

Dalam kejadian sekitar jam 12.20 tengah hari itu, anak lelaki mangsa berusia 10 tahun dan anak perempuan berusia tiga tahun terselamat dan mengalami kecederaan di bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, laporan kemalangan diterima membabitkan kereta jenis Proton Persona dinaiki keempat-empat mangsa serta kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Innova yang dinaiki enam sekeluarga.

Nahas membabitkan dua kenderaan menyebabkan dua individu terkorban d Jalan Raya Timur-Barat di Gerik. - Foto:Bomba
Nahas membabitkan dua kenderaan menyebabkan dua individu terkorban d Jalan Raya Timur-Barat di Gerik. - Foto:Bomba

"Siasatan mendapati kereta dinaiki keempat-empat mangsa dalam perjalanan menuju ke arah Jeli, Kelantan manakala MPV dipandu lelaki berusia 54 tahun bersama lima penumpang pula dari arah bertentangan menuju ke Gerik.

Artikel Berkaitan:

"Semasa tiba di lokasi kejadian, dipercayai pemandu kereta Proton Persona telah hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar MPV terbabit," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut beliau, pelanggaran itu menyebabkan mangsa yang juga pemandu serta penumpang hadapan kereta mengalami kecederaan parah dan maut di tempat kejadian.

"Lapan mangsa lain yang mengalami kecederaan telah dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Gerik.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Sub Inspektor Zulkifli Buang di talian 019-5981659 bagi membantu siasatan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!