Zuckerberg pintas Musk, kini individu ketiga terkaya di dunia
NEW YORK - Buat pertama kali sejak tahun 2020, Mark Zuckerberg berjaya mengatasi nilai kekayaan Elon Musk, sekali gus menjadikannya orang ketiga terkaya di dunia.
Zuckerberg yang juga pengasas Facebook dan Meta kini berada di belakang Pengerusi LVMH, Bernard Arnault (LVMH) dan Jeff Bezos (Amazon).
Ini kali pertama Zuckerberg, 39, menduduki tempat tiga teratas dalam kedudukan orang terkaya Bloomberg sejak 16 November 2020.
Kekayaan Musk dilaporkan menyusut sebanyak AS$48.4 bilion (kira-kira RM229 bilion) tahun ini, sebaliknya Zuckerberg menambah nilai kekayaan menjadi AS$58.9 bilion (kira-kira RM279 bilion).
Mengikut data Bloomberg Billionaire Index, nilai kekayaan Zuckerberg bernilai AS$105.6 bilion (kira-kira RM501 bilion) dan kekayaan Musk adalah AS$102.1 bilion (kira-kira RM484 bilion).
Musk, Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Inc dan Space X, kini mempunyai nilai bersih kekayaan AS$180.6 bilion (kira-kira RM857 bilion) dan Zuckerberg, nilai bersih kekayaannya sebanyak AS$186.9 bilion (kira-kira RM867 bilion).
Saham Tesla juga jatuh 34 peratus tahun ini, menjadikannya prestasi terburuk dalam Indeks S&P 500. Ia berpunca oleh kelembapan global dalam permintaan kenderaan elektrik (EV), persaingan yang semakin meningkat di China.
Sementara itu, saham Meta melonjak 49 peratus, susulan pendapatan suku tahunan yang kukuh dan keterujaan mengenai inisiatif AI syarikat itu. Ia adalah prestasi kelima terbaik dalam Indeks S&P 500. - Agensi
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!