Mayat pemancing lemas dibawa keluar guna helikopter

Operasi membawa keluar pemancing yang disyaki lemas di sungai Gunung Panti, Kota Tinggi menggunakan helikopter pada Ahad. Foto JBPM
Operasi membawa keluar pemancing yang disyaki lemas di sungai Gunung Panti, Kota Tinggi menggunakan helikopter pada Ahad. Foto JBPM
A
A
A

KOTA TINGGI - Mayat seorang pemancing yang dipercayai meninggal dunia akibat lemas ketika memancing bersama tiga rakannya berjaya dibawa keluar menaiki helikopter dari Gunung Pantai, dekat sini, pada Ahad.

Ketua Balai Bomba Penyelamat Kota Tinggi, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB), Mohd Shawaluddin Ami Nordin berkata, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada jam 1.03 tengah hari.

Katanya, helikopter Agusta AW189-1 bersama 17 anggota dan sebuah jentera FRT serta EMRS dikejarkan ke lokasi kejadian.

Anggota bomba dan polis melakukan operasi membawa keluar pemancing yang disyaki lemas di sungai Gunung Panti, Kota Tinggi. Foto JBPM
Anggota bomba dan polis melakukan operasi membawa keluar pemancing yang disyaki lemas di sungai Gunung Panti, Kota Tinggi. Foto JBPM

"Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar terdapat seorang mangsa berusia 40-an yang dikhuatiri lemas ketika membuat aktiviti memancing bersama tiga rakan di sungai Gunung Panti mengikut maklumat pihak polis.

"Ekoran itu pihak polis memohon bantuan helikopter kerana tiada akses untuk mengeluarkan mangsa tersebut.

"Bantuan udara dari unit udara bomba telah mengeluarkan mangsa dan menurunkan di padang awam Kota Tinggi," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurut beliau, mayat mangsa serahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada jam 2.20 petang.

Artikel Berkaitan:

Operasi membawa keluar pemancing yang disyaki lemas di sungai Gunung Panti, Kota Tinggi menggunakan helikopter pada Ahad. Foto JBPM
Operasi membawa keluar pemancing yang disyaki lemas di sungai Gunung Panti, Kota Tinggi menggunakan helikopter pada Ahad. Foto JBPM

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Menurutnya, mangsa merupakan seorang lelaki berbangsa Iban dalam lingkungan usia awal 40-an telah ditemui meninggal dunia ketika mencari ikan dan udang di dalam hutan bersama tiga lagi rakan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!