UK hantar kapal tentera laut bawa bantuan ke Gaza

Setiausaha Luar British mengeluarkan amaran pada Sabtu mengenai keadaan yang meruncing dan risiko sebenar kebuluran di Semenanjung Gaza sambil mengumumkan penghantaran sebuah kapal Tentera Laut Diraja untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan di rantau itu. Foto AFP
Setiausaha Luar British mengeluarkan amaran pada Sabtu mengenai keadaan yang meruncing dan risiko sebenar kebuluran di Semenanjung Gaza sambil mengumumkan penghantaran sebuah kapal Tentera Laut Diraja untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan di rantau itu. Foto AFP
A
A
A

LONDON - Setiausaha Luar British mengeluarkan amaran pada Sabtu mengenai keadaan yang meruncing dan risiko sebenar kebuluran di Semenanjung Gaza sambil mengumumkan penghantaran sebuah kapal Tentera Laut Diraja untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan di rantau itu, lapor Agensi Anadolu (AA).

Kerajaan British mengumumkan satu pakej sokongan tentera dan orang awam untuk mewujudkan satu koridor bantuan maritim ke Gaza, termasuk penghantaran sebuah kapal Tentera Laut Diraja untuk menyertai misi menyelamatkan nyawa di timur Mediterranean.

"Kapal itu bersama bantuan UK (United Kindom) dan pakar British akan menyokong penubuhan sebuah koridor maritim bantuan kemanusiaan antarabangsa dari Cyprus ke Gaza, disokong oleh ramai rakan kongsi daripada kerajaan dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan dijangka beroperasi pada awal Mei, menurut kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar dan Kementerian Pertahanan UK.

Bersama-sama kapal itu, Kementerian Luar telah memperuntukkan sehingga £9.7 juta (AS$12.2 juta) untuk penyampaian bantuan termasuk kepakaran logistik dan sokongan peralatan kepada koridor berkenaan, menurut laporan itu.

UK mengulangi gesaannya untuk jeda serta-merta atas faktor kemanusiaan membawa kepada satu gencatan senjata yang mapan dan berkata ini adalah cara terpantas membawa pulang tawanan dengan selamat dengan lebih banyak bantuan dapat dibawa masuk.

"Keadaan di Gaza meruncing dan kemungkinan kebuluran itu adalah nyata. Kami kekal komited untuk mendapatkan bantuan untuk disampaikan kepada mereka yang sangat-sangat memerlukan, " kata Setiausaha Luar British David Cameron.

Menekankan akses kepada laluan darat kekal penting untuk menyampaikan bantuan itu, beliau mengalu-alukan pembukaan laluan Erez dan Pelabuhan Ashdod tetapi menambah terdapat keperluan untuk terus meneroka segala pilihan, termasuk laut dan udara bagi memberikan kelegaan kepada penderitaan golongan paling rentan di dunia itu.

"Warga Gaza sedang menghadapi krisis kemanusiaan yang meruncing dan terdapat keperluan untuk memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka,” kata Cameron.

Artikel Berkaitan:

Lebih daripada 33,000 warga Palestin maut dan 75,577 cedera di Gaza selain daripada kemusnahan berskala besar kediaman dan infrastruktur serta kekurangan bekalan keperluan selepas diserang Israel sejak Oktober tahun lepas.

Israel didakwa melakukan genosid oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang memerintahkannya supaya mengambil lebih banyak tindakan bagi mengelakkan kebuluran di Gaza. - Bernama-Anadolu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!