Jemaah hadiri majlis ilmu di pasar raya mini

Kumpulan jemaah itu duduk di lorong rak barangan di pasar raya mini tersebut. Foto Agensi
Kumpulan jemaah itu duduk di lorong rak barangan di pasar raya mini tersebut. Foto Agensi
A
A
A

BOGOR - Majelis taklim atau majlis ilmu adalah aktiviti biasa dalam komuniti di Indonesia yang biasanya diadakan di masjid.

Namun, lokasi luar biasa yang dikongsi di TikTok mengundang pelbagai reaksi pengguna platform itu.

Rakaman video berdurasi 22 saat dan menjadi tular itu jelas memaparkan para jemaah duduk di sebuah pasar raya mini ketika menyertai aktiviti tersebut.

Klip itu telah meraih lebih 3.1 juta tontonan dan turut dibanjiri komen pengguna TikTok yang berasa pelik dengan insiden tersebut.

Terdapat juga pengguna yang bertanyakan bagaimana jika ada individu yang mahu membeli barang di premis itu.

Individu berkongsi rakaman itu yang dikenali sebagai Azhar Robbani menjelaskan, ia adalah kegiatan rutin oleh para ulama dan habib untuk mendapatkan barakah malam tujuh likur.

"Ia merupakan tradisi pada malam 21 Ramadan. Setiap kali acara Likuran, masjid yang dikenal dengan nama Masjid Keramat Empang ini selalu sesak dengan puluhan ribu jemaah dari Bogor, Jakarta, Tangerang, Depok, dan Bekasi," ujar Azhar.

Dia turut menyatakan pemilik pasar raya mini itu tidak berasa aktiviti itu menjejaskan operasi perniagaannya, malah memberikan kebenaran kepada para jemaah berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Ia adalah acara tahunan di sini," katanya lagi. - Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!