Program bersama belia mampu pupuk perpaduan kaum

Program bersama belia mampu memupuk semangat perpaduan kaum dan meraikan perbezaan tanpa sebarang jurang antara etnik. Gambar hiasan.
Program bersama belia mampu memupuk semangat perpaduan kaum dan meraikan perbezaan tanpa sebarang jurang antara etnik. Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Bagi pertubuhan Architects of Diversity (AOD), dengan mengadakan program bersama belia mampu memupuk semangat perpaduan kaum dan meraikan perbezaan tanpa sebarang jurang antara etnik.

Pegawai Eksekutifnya, Jason Wee berkata, program tersebut penting bagi membincangkan isu-isu sensitif dan semasa dalam negara untuk melihat reaksi setiap peserta dalam mengawal keadaan emosi dan situasi yang berlaku.

Menurutnya, daripada pembelajaran itu, golongan remaja didedahkan dengan keadaan semasa yang berlaku terutama apabila ia melibatkan sentimen kebencian antara kaum.

“Menerusi beberapa simulasi, peserta akan memecahkan emosi marah, menjerit dan memanggil nama antara satu sama lain.

“Tindakan ini dapat melihat bagaimana remaja membezakan niat jahat dan baik untuk memastikan mereka tidak menjadi alat manipulasi pihak yang sengaja menjadi pemisah jurang antara kaum.

“Kita juga belajar menjadi seorang yang pemaaf dalam memastikan mereka menjalani kehidupan yang tenang tanpa ada rasa dendam ataupun benci,” katanya dalam reaksi kempen #MZB365 pada Ahad.

Mengulas lanjut, Jason berkata, dengan membina jambatan antara kaum, ia boleh memulihkan hubungan bagi membuka lebih luas peluang untuk membina negara yang lebih harmoni.

Ujarnya, bagi mengelak kejadian tersebut terus berlaku, setiap pihak perlu mempelajari cara hidup dan meraikan perbezaan untuk membina kepercayaan antara satu sama lain.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, sifat pemaaf terhadap sesuatu perkara perlu menjadi asas dalam kehidupan sebagai negara majmuk.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!