Pejalan kaki maut dilanggar beberapa kenderaan

Seorang pejalan kaki maut dilanggar beberapa kenderaan ketika melintas jalan di Kilometer 438 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari arah Rawang menghala Ipoh pada Ahad. Gambar hiasan
Seorang pejalan kaki maut dilanggar beberapa kenderaan ketika melintas jalan di Kilometer 438 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari arah Rawang menghala Ipoh pada Ahad. Gambar hiasan
A
A
A

RAWANG - Seorang pejalan kaki maut dilanggar beberapa kenderaan ketika melintas jalan di Kilometer 438 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari arah Rawang menghala Ipoh pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, laporan kejadian diterima sekitar jam 8.55 malam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, mangsa mulanya dilanggar oleh sebuah kenderaan ketika sedang melintas jalan.

"Akibat kemalangan itu, mengsa tercampak ke atas jalan sebelum dilanggar oleh beberapa kenderaan lain.

"Mangsa dibawa ke unit forensik Hospital Sungai Buloh untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.," katanya menerusi kenyataan.

Katanya, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti identiti mangsa memandangkan tiada dokumen pengenalan diri.

"Orang ramai yang menyaksikan atau mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil bagi siasatan.

"Maklumat juga boleh disalurkan dengan berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohamad Suhaimi Tukiman atau bilik gerakan IPD Gombak 03-61262222," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!