Harimau Muda mula pamer peningkatan

Aksi pemain Harimau Muda, Luqman Hakim Shamsudin ketika perlawanan persahabatan di Stadium Abdullah bin Khalifa, Doha. Foto Football Association of Malaysia
Aksi pemain Harimau Muda, Luqman Hakim Shamsudin ketika perlawanan persahabatan di Stadium Abdullah bin Khalifa, Doha. Foto Football Association of Malaysia
A
A
A

SKUAD bola sepak Bawah 23 (B-23) tahun negara terus memperolehi pengalaman menjelang saingan temasya Piala Asia B-23 2024 di Doha, Qatar minggu depan.

Dalam perlawanan persahabatan tertutup kedua awal Isnin, Harimau Muda kendalian Juan Torres Garrido tewas tipis 0-1 kepada pasukan tuan rumah, Qatar yang juga pasukan pilihan temasya B-23 Qatar 2024.

Perlawanan di Stadium Abdullah Bin Khalifa itu, Malaysia tewas 0-1 kepada Qatar menerusi jaringan penalti Ahmed Husham pada minit ke-46 separuh pertama.

Sebelum ini Harimau Muda tewas 1-2 kepada China, dengan kedua-dua gol lawan dijelmakan hasil sepakan penalti, manakala gol tunggal negara dijaringkan oleh Fergus Tierney.

Ini merupakan kekalahan kedua dicatat skuad Garrido dalam tiga aksi persahabatan bertemu skuad B-23 China sejak tahun lalu selepas menang 1-0 dan tewas 1-2 dalam pertembungan di Shanghai, Disember.

Sebagai rekod, Harimau Muda yang berada dalam rangka persiapan menghadapi saingan Piala Asia B-23 di Qatar yang menyingkap tirai 15 April sehingga 3 Mei depan.

Harimau Muda di B-23 Qatar 2024 diundi dalam Kumpulan D akan bermula dengan perlawanan menentang Uzbekistan pada 17 April, diikuti Vietnam (20 April) dan Kuwait (23 April) dengan misi mara ke suku akhir.

Sebagai rekod, hanya dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan layak ke suku akhir dan berpeluang meneruskan cabaran merebut tiga slot automatik ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, pasukan keempat terbaik kejohanan itu akan bermain perlawanan play-off menentang Guinea di Paris pada Mei ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!