Polis Kedah terima laporan logo kasut mirip kalimah ALLAH

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

ALOR SETAR - Satu laporan polis diterima di Kedah berhubung dakwaan bentuk tulisan yang seakan-akan mirip kalimah ALLAH pada tapak kasut keluaran sebuah syarikat tempatan, pada Ahad.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, laporan polis itu dibuat oleh seorang wanita berusia 50 tahun di Balai Polis Alor Setar, di sini pada petang Ahad.

Menurut beliau, wanita itu menyedari tertera seakan kalimah terbabit pada tapak kasut yang dibelinya untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Wanita terbabit merasakan ini adalah satu penghinaan dan mempersendakan terhadap agama Islam dan terus ke balai polis untuk membuat laporan.

"Susulan itu, satu serbuan dilakukan di pasar raya terbabit dan kita kemudian merampas 83 pasang kasut yang terkait dengan kalimah ALLAH," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini pada Isnin.

Fisol memaklumkan, pihaknya tidak berkompromi kerana ia melibatkan isu sensitif.

"Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

Pada Ahad, media melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan menerima lapan laporan iaitu dua dibuat di Johor, dua di Pahang dan dua di Terengganu manakala masing-masing satu laporan di Pulau Pinang serta Kedah

Artikel Berkaitan:

Razarudin berkata, polis sudah pun membuka kertas siasatan berhubung logo kasut keluaran sebuah syarikat tempatan yang didakwa seakan-akan mirip kalimah ALLAH.

Ia berikutan penularan foto kasut yang memaparkan logo berkenaan sehingga mengundang pelbagai reaksi warga maya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!