Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Bubur lambuk sembilan jenis daun kayu juadah istimewa Raya Enam

13 April 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 13 APRIL 2024

Kesukaran mendapatkan bubur lambuk pada hari selain bulan Ramadan mendorong seorang lelaki untuk mempelajari kaedah pembuatan bubur lambuk ramuan asli Terengganu sehingga ia mampu dikomersialkan dan mempunyai pelanggan tersendiri, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

Juadah istimewa yang dihasilkan itu telah dipasarkan di beberapa buah kedai jualan sarapan pagi di sekitar daerah Kuala Terengganu dan boleh didapati hampir saban hari.

Pengusaha bubur lambuk, Hasimie Mohd Razali, 46 berkata, tahun ini kali pertama dia menjual bubur lambuk pada bulan puasa dan kini mendapat permintaan untuk dijadikan juadah hidangan pada hari Raya Enam.

Jelasnya, setakat ini proses pembuatan, pembungkusan dan penghantaran bubur lambuk itu dibantu isterinya, Masliana Ibrahim, 48 di Kampung Losong Lebai Salleh, di sini.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: www.bensound.com