Kaki doktor tersepit jeriji longkang

Pasukan bomba bersama pegawai perubatan berada di lokasi kejadian bagi mengeluarkan kaki kiri doktor wanita yang tersepit dalam jeriji longkang di HRPB Ipoh hari ini. - Foto Ihsan BOMBA PERAK
Pasukan bomba bersama pegawai perubatan berada di lokasi kejadian bagi mengeluarkan kaki kiri doktor wanita yang tersepit dalam jeriji longkang di HRPB Ipoh hari ini. - Foto Ihsan BOMBA PERAK
A
A
A

IPOH - Seorang doktor wanita terpaksa menahan sakit lebih 10 minit apabila kaki kirinya tersepit dalam jeriji longkang di laluan berhampiran Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.20 pagi itu, wanita berusia 34 tahun itu dipercayai bergegas menuju ke wad kecemasan selepas parkir kereta di kawasan berkenaan.

Ketua Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Mohd Fakrurazi Johari berkata, 15 anggota bersama dua jentera termasuk Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi, pemeriksaan mendapati kaki kiri mangsa gagal dikeluarkan kerana tersekat di bahagian lutut.

"Anggota bertindak menggunakan peralatan khas untuk meregangkan jeriji berkenaan bagi membolehkan kaki mangsa dikeluarkan," katanya.

Menurutnya, kaki mangsa berjaya dikeluarkan 15 minit kemudian dan pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan ringan.

"Mangsa diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!