Tiada saman pemandu buat 'u-turn' di LTU Raub - KPN

Laporan Sinar Harian pada Ahad.
Laporan Sinar Harian pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiada tindakan saman dikenakan terhadap pemandu kenderaan melakukan pusingan U serta melawan arus di laluan keluar Raub, Lebuh Raya Jalan Lingkaran Tengah Utama (LTU) bypass Raub dalam sebuah video tular, pada Ahad.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, jalan keluar itu akan ditutup bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

"Walaupun tindakan itu tidak sepatutnya berlaku, namun buat masa ini kita menekankan advokasi keselamatan jalan raya.

"Memang tindakan (pusingan U serta lawan arus) itu tidak sepatutnya berlaku tetapi buat masa ini, kita faham mereka semua nak balik kampung dan kita bukan mencari kesalahan, tetapi hanya mahu permudahkan urusan semua," katanya pada sidang akhbar di sini, pada Isnin.

Dalam pada itu, Razarudin berkata, lebih 5,900 anggota dan pegawai trafik di seluruh negara terlibat dalam Op Selamat 22 yang bermula 8 April hingga 13 April ini.

"Enam kesalahan utama diberi penekanan iaitu memandu melebihi had laju; memandu di lorong kecemasan; memotong di garisan berkembar; memotong barisan, tidak mematuhi lampu isyarat dan menggunakan telefon bimbit," katanya.

Jelas beliau, pihak polis juga akan melakukan pemantauan dan kawalan aliran trafik terutamanya titik hitam dan lokasi panas.

“Tumpuan kita apabila kempen ini (Op Selamat) adalah mendidik rakyat, sikap satu elemen penting yang mana pengguna jalan raya hendaklah bertanggungjawab antara satu sama lain," katanya.

Artikel Berkaitan:

Razarudin berkata, orang ramai diingatkan agar memandu dengan cermat dan memeriksa kenderaan terlebih dahulu.

“Mereka yang balik kampung diminta memaklumkan kepada balai polis berdekatan bagi memudahkan rondaan cegah jenayah termasuk bukan Islam yang pergi bercuti,” katanya.

Jumaat lalu, Razarudin melancarkan Op Selamat 22 sempena perayaaan Aidilfitri bermula 8 April hingga 13 April ini.

Bertemakan kempen Op Selamat siri ke-22 dengan tema rumah selamat, selamat sampai ke destinasi, beliau meminta kerjasama antara masyarakat dan Polis Diraja Malaysia agar sasaran dapat dikurangkan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!