Pemandangan berkabus
08 April 2024 01:08pm
Masa membaca: 4 minit
Pengguna jalan raya merasai pemandangan berkabus di laluan Seremban-Kuala Pilah berhampiran Bukit Putus masih bergerak lancar. Namun, terdapat pertambahan kenderaan menuju ke Kuala Pilah susulan pergerakan orang ramai yang pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri bersama ahli keluarga masing-masing, hari ini.
Jalan Seremban-Kuala Pilah merupakan laluan alternatif bagi perjalanan ke Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan selain dari menggunakan laluan Lebuhraya Pantai Timur yang bermula dari Kuala Lumpur ke Karak.