Perantau teruja bertarawih di Masjid Imanul Fa'izin

Seni bina yang menakjubkan dan suasana seolah-olah di tanah suci Makkah membuatkan anak-anak perantau begitu teruja dapat bertarawih di Masjid Imanul Fa'izin atau Masjid Andalusia di Kampung Padang Kala, Kota Bharu. (Gambar kecil: Wan Mohd Tasnim, Shaari Awang, Azizan)

A
A
A

KOTA BHARU - Seni bina yang menakjubkan dan suasana seolah-olah di tanah suci Makkah membuatkan anak-anak perantau begitu teruja dapat bertarawih di Masjid Imanul Fa'izin atau Masjid Andalusia di Kampung Padang Kala dekat sini.

Situasi itu dapat dilihat apabila perantau turut mengambil kesempatan untuk berbuka puasa, moreh, mengambil gambar dan video bagi tujuan kenangan peribadi.

Situasi itu dapat dilihat apabila perantau turut mengambil kesempatan bertarawih serta berbuka puasa, moreh, mengambil gambar dan video bagi tujuan kenangan peribadi.
Situasi itu dapat dilihat apabila perantau turut mengambil kesempatan bertarawih serta berbuka puasa, moreh, mengambil gambar dan video bagi tujuan kenangan peribadi.

Perkara itu diakui sendiri oleh perantau, Shaari Awang, 65, dari Ipoh, Perak yang menyifatkan suasana berada di masjid berkenaan sama sebagaimana dilihat menerusi video tular di laman-laman sosial TikTok selain pembacaan menerusi laporan akhbar.

"Sebaik sahaja melangkah masuk ke pekarangan masjid ini, perasaan teruja saya bertukar kepada sebak disebabkan kagum dengan seni binanya yang berkonsepkan negara Timur Tengah.

"Lebih meruntun perasaan saya apabila pembinaan masjid ini ditanggung sepenuhnya oleh anak tempatan. Bagi saya ia sesuatu yang wajar dijadikan contoh," katanya kepada Sinar Harian.

Shaari berkata, peluang menunaikan solat Maghrib, Isyak dan bertarawih di masjid ini sudah membuatkannya gembira dan menyifatkan keterujaan balik kampung di Melor bersama isteri kali ini lebih bermakna.

Artikel Berkaitan:

Peluang menunaikan solat Maghrib, Isyak dan bertarawih di Masjid Imanul Fa'izin sudah membuatkan perantau gembira.
Peluang menunaikan solat Maghrib, Isyak dan bertarawih di Masjid Imanul Fa'izin sudah membuatkan perantau gembira.

Bagi Azizan Hamid, 52, pula, dia sudah menyimpan impian untuk menunaikan solat di sini semasa berada di Johor.

Katanya, sejurus tiba di Kelantan dia terus mengajak adiknya berkunjung ke Masjid Imanul Fa'izin dan berbuka puasa, kemudian menunaikan solat termasuklah bertarawih.

"Alhamdulillah, makanan yang disediakan bukan sahaja sedap malah menyelerakan.

"Selain disajikan dengan binaan masjid yang cantik, suasana di sini juga seakan-akan seperti berada di Tanah Suci membuatkan saya rasa sangat tenang," katanya.

Seorang anak perantau, Wan Mohd Tasnim Wan Ismail, 25, mengakui tertarik dengan seni bina masjid berkenaan yang mempunyai banyak kubah dan berbeza dengan masjid-masjid yang ada di negeri Kelantan.

Para mahasiswi dari seluruh negara yang merupakan perantau tidak melepaskan peluang berbuka puasa serta solat di Masjid Masjid Imanul Fa'izin, Padang Kala, Kota Bharu.
Para mahasiswi dari seluruh negara yang merupakan perantau tidak melepaskan peluang berbuka puasa serta solat di Masjid Masjid Imanul Fa'izin, Padang Kala, Kota Bharu.

"Satu lagi seni bina dari Turkiye menjadikan masjid ini lebih unik dan menarik. Jadi perasaan untuk menunaikan solat di sini cukup mengujakan," katanya yang bekerja di Melaka.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, hasrat murni seorang lelaki membina sebuah masjid di kawasan permainannya sewaktu kecil akhirnya menjadi kenyataan selepas rumah ibadah bernilai RM7.5 juta itu telah siap dibina.

Pembinaan Masjid Imanul Fa'izin atau Masjid Andalusia yang terletak di Kampung Padang Kala berjaya direalisasikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd, Ibrahim Mat Sin.

Reka bentuk yang berinspirasikan Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu mengambil masa selama lima tahun untuk disiapkan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!