Nadir kongsi kisah SUV miliknya musnah dibedil Zionis

SUV dan kenderaan milik Nadir musnah dalam serangan Zionis ke atas penempatan awam di Gaza.
SUV dan kenderaan milik Nadir musnah dalam serangan Zionis ke atas penempatan awam di Gaza.
A
A
A

SHAH ALAM - Kenderaan pelbagai guna (SUV) jenis Toyota Prado milik Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri musnah dibedil Zionis.

Perkara itu dikongsikan beliau menerusi hantaran terbaharu di Facebooknya selepas ramai yang meminta beliau menceritakan keadaan harta bendanya yang masih ada di Gaza.

Lori yang dijadikan perpustakaan bergerak rosak teruk dan tidak boleh digunakan.
Lori yang dijadikan perpustakaan bergerak rosak teruk dan tidak boleh digunakan.

Menurut Muhammad Nadir, SUV terpakai tahun 2011 itu dibeli bagi memudahkan urusannya selepas terbabit dengan beberapa kemalangan motosikal sebelum itu.

“Masa saya mula membuka NGO pada tahun 2013, kami pun masih bertatih dan saya hanya menggunakan pengangkutan awam.

“Masa tu memang penat sebab selain ke universiti, saya juga menguruskan sekitar 300 anak yatim yang ditaja seorang diri, menyambut hari lahir mereka, menyampaikan kafalah mereka dan mengambil maklumat mereka untuk dihantar kepada penaja,” katanya pada Isnin.

Jelasnya, selepas setahun baharu dia berkemampuan untuk membeli sebuah motosikal Haojiang yang memang terkenal di Gaza..

“Motosikal Haojiang ini yang sangat banyak memori dengan saya. Semasa perang 2014 saya menunggang motosikal ini untuk menguruskan jutaan ringgit amanah kalian.

Artikel Berkaitan:

Van yang dijadikan kemudahan pasukan CGM turut musnah.
Van yang dijadikan kemudahan pasukan CGM turut musnah.

“Malah semasa perang saya bergerak dari Bandar Gaza ke Khan Yunus di selatan pada waktu malam, dengan motosikal, namun ia adalah tindakan bahaya kerana dron Israel boleh menyerang bila-bila masa,” katanya

Muhammad Nadir mengakui pernah juga terbabit dengan beberapa siri kemalangan dan terakhir dengan sebuah kereta hingga tubuhnya tercampak sehingga enam meter.

Nadir menggunakan basikal sebelum memiliki kenderaan sendiri di Gaza.
Nadir menggunakan basikal sebelum memiliki kenderaan sendiri di Gaza.

“Selepas beberapa kali kemalangan dengan motosikal, barulah kami mula menyewa kenderaan untuk mudahkan pergerakan dan akhirnya saya membeli Prado terpakai.

“CGM juga ada lori yang dijadikan perpustakaan bergerak dan van Hyundai untuk pasukan bergerak. Kini semuanya dah musnah,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!