Usaha terselaras kukuhkan ringgit, tiada rancangan kawalan modal - BNM

BNM menyatakan usaha terselaras yang dilaksanakan oleh GLC dan GLIC serta libat urus yang lebih meluas dengan syarikat korporat dan perniagaan di Malaysia telah mengukuhkan ringgit.
BNM menyatakan usaha terselaras yang dilaksanakan oleh GLC dan GLIC serta libat urus yang lebih meluas dengan syarikat korporat dan perniagaan di Malaysia telah mengukuhkan ringgit.
A
A
A

USAHA terselaras yang dilaksanakan oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) serta libat urus yang lebih meluas dengan syarikat korporat dan perniagaan di Malaysia telah mengukuhkan ringgit, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC) BNM pada Isnin menyatakan sejak 26 Februari, ringgit merupakan satu-satunya mata wang serantau yang mengukuh berbanding dolar AS, iaitu meningkat sebanyak 0.6 peratus.

Mata wang won Korea Selatan, baht Thailand, rupiah Indonesia, yuan China dan dolar Singapura masing-masing susut 1.6 peratus, 1.5 peratus, 1.4 peratus, 0.5 peratus dan 0.3 peratus, tambah BNM dalam kenyataan pada Isnin.

Pada tempoh yang sama, purata jumlah pertukaran asing (FX) harian adalah sebanyak AS$17.6 bilion (RM83.6 bilion) berbanding dengan AS$15.5 bilion (RM73.7 bilion) pada 2023, menurut bank pusat. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!