Dua buruh maut motosikal bertembung pikap

Dua buruh kasar maut apabila motosikal yang dinaiki bertembung dengan sebuah pikap di KM20 Jalan Sai/Semop, Daro kira-kira 100 kilometer dari Sibu, malam Ahad. Gambar hiasan
Dua buruh kasar maut apabila motosikal yang dinaiki bertembung dengan sebuah pikap di KM20 Jalan Sai/Semop, Daro kira-kira 100 kilometer dari Sibu, malam Ahad. Gambar hiasan
A
A
A

SIBU - Dua buruh kasar maut di tempat kejadian apabila motosikal yang mereka naiki bertembung dengan sebuah pikap di KM20 Jalan Sai/Semop, Daro kira-kira 100 kilometer dari sini, malam Ahad.

Ketua Polis Daerah Daro, Deputi Superintendan Neil Baginda berkata, mangsa yang maut ialah penunggang dan pembonceng motosikal, Dave Nawi, 47, dan Sukur Hasan, 42, masing-masing dari Kampung Semop dan Kampung Penipah, manakala pemandu pikap iaitu seorang lelaki berusia 36 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Mayat kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Daro untuk tindakan lanjut dan telah dituntut waris masing-masing pagi ini,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.

Neil berkata, mengikut laporan kejadian berlaku kira-kira jam 7.55 malam ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Kampung Penipah ke Kampung Semop dan apabila motosikal itu memasuki laluan kenderaan pikap terbabit.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!