Arab Saudi umum Aidilfitri jatuh pada Rabu

Arab Saudi menetapkan 10 April sebagai Hari Raya Aidilfitri pada Rabu, menandakan berakhirnya bulan Ramadan bagi umat Islam.
Arab Saudi menetapkan 10 April sebagai Hari Raya Aidilfitri pada Rabu, menandakan berakhirnya bulan Ramadan bagi umat Islam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Arab Saudi menetapkan 10 April sebagai Hari Raya Aidilfitri pada Rabu, menandakan berakhirnya bulan Ramadan bagi umat Islam.

Memetik laporan News 18, penentuan itu berikutan anak bulan Syawal tidak kelihatan sepanjang tempoh cerapan pada Isnin di Arab Saudi.

Sementara itu, Kementerian Hal Ehwal Islam Morocco pula mengumumkan bahawa cerapan bagi melihat anak bulan akan dilakukan pada Selasa.

Dalam pada itu India dijangka menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Khamis ini.

Di Malaysia pula, tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang Selasa di 29 lokasi di seluruh negara. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!