Mah Sing tawar hadiah RM500,000 sempena ulang tahun ke-30
SHAH ALAM - Kumpulan Mah Sing Berhad (Mah Sing) menawarkan pemberian hadiah mega bernilai RM500,000 dan tiga kenderaan elektrik (EV) serta hadiah wang tunai sempena ulang tahun ke-30 syarikat itu.
Kempen Ulang Tahun ke-30 Mah Sing bermatlamat untuk meraikan tiga dekad kecemerlangannya dalam industri hartanah.
Pembeli rumah yang menempah hartanah Mah Sing dari 8 April 2024 hingga 31 Disember 2024, dan menandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA) pada atau sebelum 31 Mac 2025, akan berpeluang memenangi hadiah tunai yang menarik atau hadiah utama kereta EV dari Tesla, BYD dan Neta-V.*
Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Mah Sing, Tan Sri Leong Hoy Kum berkata,sejak menceburi bidang pembangunan hartanah pada tahun 1994, beliau memang tahu perjalanannya amat luar biasa.
“Tiga dekad dalam industri ini memang mencabar tetapi memberi ganjaran menarik dan ini mendorong kami untuk menjadi salah sebuah pemaju hartanah terkemuka di Malaysia.
“Kejayaan ini tidak mungkin dicapai tanpa usaha bersama semua dalam Mah Sing, rakan kongsi kami yang dihargai dan lebih dari 57,000 pemilik rumah di seluruh negara. Atas dasar ini, saya mengucapkan terima kasih yang setinggi-tingginya,”katanya di sini, hari ini.
Menurutnya, merenung semula perjalanan indah yang telah dikongsi selama ini, pihaknya teruja untuk meraikan ulang tahun ke-30 syarikat dengan kempen ulang tahun yang disesuaikan untuk pembeli rumah yang dihargai.
“Ini memberikan peluang keemasan kepada pembeli rumah, bukan sahaja mendapatkan rumah idaman mereka tetapi juga meningkatkan gaya hidup mereka di samping memberi impak positif kepada alam sekitar, dengan peluang untuk memandu pulang sebuah kereta EV.
“Kediaman adalah lebih daripada sekadar bumbung di atas kepala, ia adalah tempat di mana memori dicipta. Sekarang adalah masa terbaik untuk memiliki rumah dengan Mah Sing, iaitu platform terbaik mencari kediaman impian,”katanya.
Pemberian hadiah kereta EV mencerminkan komitmen Mah Sing yang teguh terhadap inisiatif Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus (ESG) untuk mengurangkan pelepasan karbon dan mempromosikan gaya hidup lestari.
Kempen ini juga menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kelestarian dan memberi inspirasi kepada orang lain untuk turut serta membina masa depan yang lebih mementingkan alam sekitar.
Kempen ulang tahun ke-30 Mah Sing
Sepanjang berlangsung kempen ulang tahun, pembeli rumah yang layak akan berpeluang memenangi hadiah utama termasuk Tesla Model 3 yang sangat diidamkan ramai, Neta V yang inovatif dan BYD Dolphin.
Untuk layak menyertai kempen ini, pelanggan perlu mengikuti langkah-langkah mudah berikut:
Langkah 1: Menempah rumah Mah Sing dari 8 April 2024 hingga 31 Disember 2024, dan menandatangani SPA sebelum 31 Mac 2025.
Langkah 2: Menandatangani borang Terma dan Syarat (T&C) yang disediakan oleh penasihat hartanah berdedikasi kami.
Langkah 3: Pelanggan akan menerima penyertaan dalam cabutan bertuah berdasarkan hari mereka menandatangani SPA berdasarkan tempoh yang ditetapkan selepas pendaftaran dibuat.
Untuk memastikan ketelusan dan keadilan, proses cabutan bertuah akan diaudit sepenuhnya oleh firma audit yang dipilih. Pemenang akan dipilih berdasarkan cabutan bertuah melalui Acara Siaran Langsung.
Selain itu, pembeli rumah yang telah menandatangani SPA untuk projek, M Terra juga layak untuk menyertai kempen ulang tahun kami.
Pembeli rumah berminat yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang kempen boleh melawati laman sesawang kempen 'Mah Sing 30th Anniversary' di https://mahsing.com.my/30anniversary atau boleh menghubungi 1300 80 6888, atau menghantar e-mel ke crm@mahsing.com.my untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen.
*Tertakluk kepada Terma dan Syarat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!