'Tahun ini meriah, ramai datang pasar berbelanja' - Peniaga

Orang ramai membeli barangan keperluan bagi menyiapkan juadah Aidilfitri.
Orang ramai membeli barangan keperluan bagi menyiapkan juadah Aidilfitri.
A
A
A

KUANTAN - Bahang kemeriahan Aidilfitri makin dirasai apabila orang ramai mula membanjiri pasar untuk membeli barangan keperluan bagi juadah hari raya.

Tinjauan Sinar Harian di Pasar Besar Kuantan mendapati, orang ramai beratur panjang seawal jam 7 pagi bagi membeli bahan mentah seperti ayam, daging, ikan, udang, sotong dan sebagainya.

Kelihatan juga beberapa gerai yang menjadi tumpuan antaranya gerai menjual santan, rempah ratus dan sayur-sayuran segar.

Halimah
Halimah

Peniaga udang, Halimah Jais,70, berkata, jualan di pasar Besar Kuantan lebih meriah kali ini berbanding penghujung Ramadan tahun lalu.

Menurutnya, meskipun terdapat sedikit peningkatan harga, namun ia tidak menghalang orang ramai untuk membuat persiapan juadah Aidilfitri.

"Sudah lima hari (peniaga) sibuk macam ini (ramai pelanggan datang). Tahun ini (lebih) meriah, sebab ramai yang berbelanja. (Jadi), kami peniaga pun suka.

Jualan santan antara yang mendapat permintaan.
Jualan santan antara yang mendapat permintaan.

Artikel Berkaitan:

"Barang mahal tapi mahal pun (ada orang) masih boleh beli," katanya yang sudah 30 tahun berniaga udang di pasar Besar Kuantan.

Bagi peniaga sayur-sayuran, Lily Farhana Jamaluddin, 28, berkata, suasana meriah disebabkan orang ramai berbelanja bagi menyambut hari lebaran.

"Hari ini, berniaga okay sangat, sebab hendak raya," ujarnya ringkas.

Raniah
Raniah

Sementara itu, Raniah Mamat, 62, berkata, walaupun menerima peningkatan pembeli, namun mereka tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga.

Ujar peniaga sayur-sayuran itu, peniaga hanya menaikkan harga sekiranya pembekal menaikkan harga bekalan mereka.

"(Bila) dekat raya, ramai pelanggan datang sini (pasar). Jadi, makna (kata) dia orang (pelanggan) ada duit untuk berbelanja" katanya.

Orang ramai membeli barangan keperluan di pasar Besar Kuantan pada Selasa.
Orang ramai membeli barangan keperluan di pasar Besar Kuantan pada Selasa.

Pengunjung, Ibrahim Che Sih, 60, berkata, persiapan hari raya pada tahun ini lebih meriah kerana kesemua ahli keluarganya dapat berkumpul bersama-sama pada 1 Syawal nanti.

“Sebahagian barangan keperluan sudah di beli sebelum ini, cuma pagi ini saya datang ke pasar untuk mendapatkan daging lembu dan santan segar bagi membuat lemang serta rendang,” ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!