Tiga lelaki didakwa curi pacuan empat roda bernilai lebih RM200,000

Tiga lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur pada Selasa, masing-masing atas satu pertuduhan mencuri sebuah kenderaan pacuan empat roda, bernilai lebih RM200,000, bulan lalu
Tiga lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur pada Selasa, masing-masing atas satu pertuduhan mencuri sebuah kenderaan pacuan empat roda, bernilai lebih RM200,000, bulan lalu
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiga lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa, masing-masing atas satu pertuduhan mencuri sebuah kenderaan pacuan empat roda, bernilai lebih RM200,000, bulan lalu.

Pembantu restoran, William Ng, 43, penterjemah, Loh Teng Boon, 49 dan pekerja am Kamaluddin Ismail, 35 membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, MS Arunjothy.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama mencuri kenderaan jenis Toyota Fortuner milik seorang lelaki berusia 31 tahun, bernilai RM226,000 di sebuah rumah di Bukit Segambut di sini antara jam 5.45 hingga 6 pagi, 13 Mac lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan dibaca bersama bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara satu hingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Sheryn Yong Shi Yee tidak mencadangkan semua tertuduh diberi ikat jamin kerana kesalahan ini tidak boleh dijamin.

Bagaimanapun, peguam, Mike Lim Zi Xuan yang mewakili ketiga-tiga tertuduh, merayu mahkamah memberikan jaminan yang rendah memandangkan mereka perlu menanggung keluarga masing-masing.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Jun ini untuk sebutan semula kes.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!