Osman Ali tak mahu penonton salah faham
Menurut Osman, ceritanya itu disiarkan sewaktu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melbourne, Australia.
"Semalam sempat tonton telemovie karya arahan saya bertajuk #teksilove Lakonan @mfmirafilzah & @fendybakry. Sebuah telemovie yang pertama kali mengangkat Fendy Bakri menjadi hero di kaca TV ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Tiada unsur sewaan isteri: Osman Ali]
"Rasa bangga pun ada cuma mushkil juga agar yang menonton tidak salah faham, anggap ini adalah filem, namun ia nya hanya sebuah telemovie biasa, malah bukan pun Supertele Astro First," coretnya.
Dalam satu perkongsi terbaharunya, difahamkan Osman sedang mencari lokasi untuk tujuan penggambaran drama hit Isteri Bukan Untuk Disewa.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!