JSJN siasat penahanan 17 individu termasuk ADUN

Mazlan melancarkan Op Selamat ke-16 Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2020 di Persada PLUS di Subang.
Foto Bernama
Mazlan melancarkan Op Selamat ke-16 Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2020 di Persada PLUS di Subang. Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Polis akan melengkapkan siasatan berhubung kes 17 individu termasuk seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang ditangkap berkaitan dadah sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, siasatan akan dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN).

“Kita akan siasat dari semua sudut khususnya berkaitan narkotik.

"Apabila semua dokumen (hasil siasatan) lengkap, kita akan menyerahkannya kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk menilai dari sudut pendakwaan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Op Selamat ke-16 Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2020 di Persada PLUS di Subang di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: 16 individu positif dadah dalam serbuan di Puchong

Semalam tular seorang ADUN Selangor dan empat pegawai khas ahli politik antara 17 individu ditahan polis dalam satu operasi dilakukan di sebuah kondominium di Jalan Puchong di Kuala Lumpur jam 4.40 pagi kelmarin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan mengesahkan seramai 16 daripada 17 individu termasuk enam wanita yang ditahan dalam serbuan di sebuah kondominium di Puchong itu didapati positif dadah.

Terdahulu, ADUN Dengkil, Adhif Syan Abdullah menyifatkan beliau berada di lokasi yang salah pada masa yang salah namun bertegas berada di pihak benar.

ARTIKEL BERKAITAN: Komplot cemar reputasi, SPRM buat laporan polis

Sementara itu ditanya mengenai laporan polis yang dibuat pegawai khas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya hari ini, Mazlan berkata, pihaknya akan mengkaji laporan berkenaan.

“Saya tidak boleh komen selagi belum tengok (laporan polis). Namun, kita akan kaji laporan itu,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!