Kedai pakaian musnah terbakar

Keadaan sebuah kedai pakaian yang terbakar di Jalan Kenanga.
Keadaan sebuah kedai pakaian yang terbakar di Jalan Kenanga.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah kedai pakaian musnah dalam kebakaran di Jalan Kenanga di sini pada Selasa.

Komander Operasi Penolong Kanan Penguasa Bomba L Prakash berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 10.54 pagi.

"Seramai 24 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah, BBP Pudu, BBP Sentul dan BBP Sri Hartamas bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Prakash berkata, setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan sebuah kedai pakaian yang berada di tingkat 2.

Anggota Bomba dan Penyelamat memadamkan kebakaran di sebuah kedai pakaian di Jalan Kenanga pada Selasa.
Anggota Bomba dan Penyelamat memadamkan kebakaran di sebuah kedai pakaian di Jalan Kenanga pada Selasa.

"Ketangkasan serta kepantasan pasukan bomba berjaya mengawal dan memadamkan kebakaran daripada merebak ke unit berdekatan.

"Kebakaran itu membabitkan kemusnahan 100 peratus. Tiada mangsa terlibat.

"Punca kebakaran masih dalam siasatan Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!