Hun Haqeem sambut lebaran di KL, Kuching
HERO yang semakin meningkat naik, Hun Haqeem memilih untuk menyambut hari pertama Lebaran di Kuala Lumpur, sebelum pulang ke Kuching, Sarawak hari ini bersama ibu tercinta.
Jelas jejaka berusia 26 tahun itu, kesibukan kerja pada Ramadan lalu membuatkan dia tidak dapat membuat keputusan untuk pulang lebih awal ke Kuching.
"Saya ambil peluang untuk berehat dan meluangkan masa dengan mak di sini pada hari raya pertama. Insya-ALLAH selepas itu saya akan berada di Kuching selama seminggu.
"Persiapan raya pun saya buat secara sederhana kerana bagi saya apa yang penting pada Aidilfitri adalah luangkan masa bersama keluarga," katanya kepada Sinar Harian.
Tidak melupakan peminat yang banyak memberi sokongan padu kepadanya, bintang W: Two World itu akan mengadakan rumah terbuka bersama kelab peminat sebelum Syawal berakhir.
"Memang hampir setiap tahun saya akan membuat rumah terbuka dengan kelab peminat dan insya-ALLAH tahun ini tidak ketinggalan.
"Cuma bila tarikhnya itu masih belum pasti dan kelab peminat akan bantu uruskan kelak," jelasnya.
Sementara itu, berkongsi projek seninya selepas cuti raya, Hun berkata, dia akan memasuki set penggambaran sebuah drama siri untuk siaran penstriman, Viu.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!