'Tragedi berdarah Darfur cukup menginsafkan'

Mohd Nor bergambar berlatar belakangkan lokasi serangan yang mengorbankan 38 pelarian pada di Kampung Kalma, Darfur pada tahun 2017.
Mohd Nor bergambar berlatar belakangkan lokasi serangan yang mengorbankan 38 pelarian pada di Kampung Kalma, Darfur pada tahun 2017.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengalaman menyambut Ramadan dan Syawal di perantauan jauh dari keluarga serta sahabat handai pasti banyak meninggalkan kenangan yang tidak akan dilupakan.

Bagi Penolong Pengarah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pusat Pengurusan Operasi Negara (PPON), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Superintenden Mohd Nor Kassim, pengalaman di perantauan ketika menyertai Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Sahara Barat (1999), Timor Leste 2005 dan Sudan (2017) memberi erti yang cukup besar kepada dirinya sepanjang lebih 30 tahun berkhidmat dalam pasukan PDRM.

Anak kelahiran Jenun, Kedah itu berkata, antara pengalaman yang tidak dilupakan adalah berlaku insiden serangan yang mengorbankan nyawa 38 orang awam di sebuah pasar di sebuah perkampungan di Darfur, Sudan pada tahun 2017.

Mohd Nor berbuka puasa bersama rakan setugasnya ketika berkhidmat di Laayoune, Sahara Barat pada tahun 1999.
Mohd Nor berbuka puasa bersama rakan setugasnya ketika berkhidmat di Laayoune, Sahara Barat pada tahun 1999.

“Kejadian berlaku ketika hampir waktu berbuka puasa pada Ramadan ke-18, saya hanya sempat meneguk secawan air kosong sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Keadaan mayat bergelimpangan termasuk wanita dan kanak-kanak memang menyayat hati, saya tetap tabahkan hati untuk membuat laporan tentang kejadian berkenaan,” katanya yang bertugas sebagai Pegawai Polis Antarabangsa, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada waktu itu.

Meskipun Mohd Nor sebelum ini sudah biasa berhadapan dan menyiasat tragedi pembunuhan ketika menjadi pegawai penyiasat sebelum ini, namun kejadian di Darfur didakwa cukup menginsafkan dirinya.

“Bila disiasat kejadian berpunca kerana terdapat pihak tidak berpuas hati dengan keputusan polis tempatan tidak mengenakan tindakan ke atas pelarian yang mencuri kambing diternak puak nomad yang singgah ke kawasan itu.

Artikel Berkaitan:

“Puak nomad ini adalah orang asal Utara Sudan. Sebenarnya kes itu sepatutnya dah selesai, pihak yang mencuri pun dah pulangkan kambing dan membayar ganti rugi, tetapi puak berkenaan tidak berpuas hati kerana si pelaku tak dihukum.

“Penyerang melakukan tembakan rambang menggunakan senjata jenis AK47 dan melarikan diri,” katanya yang fasih berbahasa Arab.

Mohd Nor (duduk dua dari kanan) berbuka puasa bersama rakyat tempatan di kawasan Tinduf, Sahara Barat.
Mohd Nor (duduk dua dari kanan) berbuka puasa bersama rakyat tempatan di kawasan Tinduf, Sahara Barat.

Mohd Nor mengakui risiko dan bahaya sentiasa menanti namun kerana tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan, ia ibarat alah bisa tegal biasa buat dirinya.

Ujarnya, bertugas di negara bergolak dan terlibat dengan perang saudara lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan memang mencabar.

“Untuk melupakan seketika kerinduan dengan masakan Malaysia, saya dan petugas lain akan masak sendiri juadah berbuka.

“Selalunya saya akan bawa bekalan udang kering dan cili kering, masak yang ringkas dan mudah, saya suka masak kari atau sup.

“Kami berkongsi makanan dengan petugas antarabangsa yang lain hinggakan mereka belajar dan boleh makan pedas,” katanya.

Pulang berhari raya

Meskipun bertugas di luar negara, anak berdarah Melayu-Pakistan itu pasti akan pulang ke kampungnya di Tanjung Malim, Perak untuk menyambut Aidilfitri.

Mohd Nor tetap pulang beraya meskipun bertugas di luar negara.
Mohd Nor tetap pulang beraya meskipun bertugas di luar negara.

“Siap kali Aidilfitri saya pasti akan pulang beraya bersama keluarga terutama ketika arwah ibu dan ayah masih ada.

“Bagi sesetengah yang bertugas jauh di luar negara mungkin mustahil hendak balik berhari raya di kampung halaman.

“Tapi bagi saya pulang ke kampung adalah kewajipan yang perlu ditunaikan demi ibu saya,” luah anak keenam daripada lapan beradik itu.

Mohd Nor (kiri) ketika bertugas sebagai Civilian Police Officer di Sahara Barat.
Mohd Nor (kiri) ketika bertugas sebagai Civilian Police Officer di Sahara Barat.

Jelasnya, perjalanan paling jauh pernah ditempuh untuk pulang adalah ketika bertugas sebagai Civilian Police Officer di Sahara Barat yang mengambil masa tiga hari perjalanan pergi dan pulang.

“Ketika itu saya akan ambil cuti 10 hari sebab perjalanan memang jauh dan kena transit di beberapa negara, tetapi pada hari raya saya mesti cium tangan emak," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!