Maqis Perak rampas 200kg sosej

Pegawai Maqis menjalankan pemeriksaan sebuah pacuan empat roda dengan nombor pendaftaran Thailand yang didapati membawa masuk sosej tanpa permit semalam.
Pegawai Maqis menjalankan pemeriksaan sebuah pacuan empat roda dengan nombor pendaftaran Thailand yang didapati membawa masuk sosej tanpa permit semalam.
A
A
A

PENGKALAN HULU - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Perak merampas 200 kilogram sosej tanpa permit sah di Kompleks Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Pengkalan Hulu di sini semalam.

Pengarahnya, Rozita Superman berkata, pemeriksaan sebuah kenderaan pacuan empat roda menemui produk sosej ayam, sosej lembu, dan pelbagai produk lain dianggarkan bernilai RM2,500.

"Kenderaan bernombor pendaftaran Thailand itu diperiksa di laluan awam sebaik sahaja memasuki negara ini dan mendapati kesemua sosej itu dibawa masuk dari Thailand oleh sepasang suami isteri.

"Hasil soal siasat, pasangan itu mendakwa kesemua produk tersebut dibawa masuk untuk dijual di pasaran tempatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, barangan tersebut dirampas kerana tidak memiliki dokumen import yang sah seperti permit import dan sijil kesihatan yang sah.

"Perbuatan mengimport keluaran pertanian tanpa permit sah daripada Maqis adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

"Ia boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) akta yang sama dan jika disabit kesalahan boleh didenda RM100,000 atau penjara enam tahun atau kedua-duanya," katanya.

Rozita berkata, tindakan penguatkuasaan di pintu masuk negara akan terus diperketatkan bagi memastikan penyakit haiwan, ikan dan tumbuhan terkawal.

Artikel Berkaitan:

"Ia juga menjamin keselamatan makanan kepada masyarakat terpelihara.

“Selain itu, ia juga adalah bagi menjamin keselamatan produk pertanian yang masuk ke negara ini mematuhi syarat serta peraturan ditetapkan oleh kerajaan” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!