Zii Jia cari semangat Manila 2022 di Ningbo 2024

Zii Jia
Zii Jia
A
A
A

PEMAIN lelaki negara, Lee Zii Jia bertekad memastikan momentum beliau kembali berada pada tahap terbaik dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China.

"Saya memenangi Kejuaraan Badminton Asia 2022 yang mulanya diletakkan tanpa sebarang harapan, saya pun tidak menyangka.

"Mula dari situ saya bina keyakinan dan seperti dapat dilihat prestasi saya selepas itu dalam Piala Thomas, Terbuka Thailand serta yang lain sangat bagus," katanya.

Zii Jia muncul juara BAC 2022 selepas menewaskan pemain Indonesia, Jonatan Christie di Manila, Filipina yang sekali gus menamatkan penantian negara selama enam tahun untuk gelaran di kejuaraan tersebut.

Perlawanan akhir di Kompleks Sukan Muntinlupa itu, Zii Jia menumpaskan Christie menerusi straight set, 21-17, 23-21.

Bagaimanapun Zii Jia mengakui beliau kini bergelut untuk kembali semula ke prestasi terbaiknya seperti sebelum ini.

"Dua tahun ini saya bergelut untuk mendapatkan keyakinan semula dan seperti saya cakap sebelum ini sukar untuk nyatakan berapa lama.

"Jadi dalam kejohanan edisi Ningbo 2024 ini saya dapat meraih keputusan yang lebih positif," katanya yang telah mengesahkan slot ke Sukan Olimpik Paris 2024 pada Julai depan.

Artikel Berkaitan:

Zii Jia pilihan kelapan kejohanan akan menyingkap cabaran pusingan pertama berdepan pemain India, Priyanshu Rajawat pada Rabu.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!