Op Selamat: 35 kes kematian direkod pada Aidilfitri

Pengguna jalan raya dinasihatkan memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan ditetapkan.
Pengguna jalan raya dinasihatkan memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan ditetapkan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan sejumlah 1,289 kes kemalangan jalan raya pada hari ketiga pelaksanaan Op Selamat ke-22 sempena sambutan perayaan Aidilfitri, pada Rabu.

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, jumlah itu menurun sebanyak 342 kes berbanding 1,631 kes yang dicatatkan pada Selasa.

"Sebanyak 35 kes kematian turut direkodkan pada hari sama.

"Jumlah kematian itu mencatatkan peningkatan kepada 17 kes berbanding 18 kes yang direkodkan pada Selasa," katanya.

Justeru katanya, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.

Terdahulu, media melaporkan PDRM akan melaksanakan penguatkuasaan Op Selamat ke-22 dengan tema 'Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi' bermula 8 April hingga 13 April di seluruh negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, pengguna jalan raya diingatkan supaya memandu dengan sabar dan bertanggungjawab sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing.

Katanya, Op Selamat diharap dapat mendidik pengguna jalan raya lebih berhemah dalam membendung kes kemalangan maut.

Artikel Berkaitan:

Lebih 5,900 anggota dan pegawai trafik di seluruh negara terlibat dalam Op Selamat 22.

Enam kesalahan utama diberi penekanan iaitu memandu melebihi had laju, memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, memotong barisan, tidak mematuhi lampu isyarat dan menggunakan telefon bimbit.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!