Aliran trafik lebuh raya utama sesak
SHAH ALAM - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan sesak setakat jam 1.30 tengah hari Khamis berikutan perayaan Hari Raya Aidilfitri.
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menerusi Aplikasi X, PLUS Trafik melaporkan, trafik perlahan dari Bandar Cassia ke Bandar Baharu, Bukit Tambun ke Bandar Cassia, Bandar Baharu ke Alor Pongsu dan Juru AutoCity ke Plaza Tol Juru di Pulau Pinang.
Trafik juga sesak arah utara dari Machap ke Ayer Hitam, Simpang Renggam ke Machap dan Senai ke Kulai di Johor
Aliran trafik turut perlahan dari Bandar Ainsdale ke Senawang serta Bandar Serenia ke Persimpangan Nilai, Negeri Sembilan dari Bertam menuju Sungai Petani (U), Kedah.
Di Perak pula, trafik perlahan dari Slim River ke Sungkai dan di Selangor, trafik sesak dari Rawang ke Sungai Buaya.
Ekoran itu, laluan ‘smart lane’ diaktifkan di laluan antara Bandar Cassia ke Hentian Sungai Bakap, Pulau Pinang dan Senawang ke Seremban, Negeri Sembilan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!