Kad dah lama hilang, saya tidak terlibat: Syamsul Anuar

Gambar kad keahlian yang turut ada gambar penyedut minuman dan serbuk putih seakan-akan dadah seperti ditularkan semalam.
Gambar kad keahlian yang turut ada gambar penyedut minuman dan serbuk putih seakan-akan dadah seperti ditularkan semalam.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syamsul Anuar Mahadon akan membuat laporan polis berhubung penularan kad keahliannya dalam parti tersebut yang dikaitkan dengan dakwaan pengambilan bahan terlarang tular di media sosial.

Pada masa sama Syamsul Anuar menafikan terlibat merakam dan menyebarkan gambar kad keahliannya itu bersama gambar penyedut minuman dan serbuk putih seakan-akan dadah seperti ditularkan semalam.

"Ingin saya memaklumkan, kad itu telah hilang dari jagaan saya antara dua hingga tiga bulan lalu. Saya menafikan terlibat dengan penyebaran dan perbuatan merakam gambar tersebut.

"Saya akan mendapatkan khidmat peguam seterusnya akan membuat laporan polis dalam masa terdekat berhubung perkara ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Semalam, kad keahlian Bersatu tertera nama Syamsul Anuar Mahadon viral di laman sosial ketika kes penahanan beberapa individu dalam 'pesta dadah' di Puchong.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!