Wanita suspek bunuh suami direman tujuh hari

Media melaporkan, mayat lelaki berusia 25 tahun ditemui dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri di atas lantai dalam sebuah bilik di rumah yang belum siap dibina.
Media melaporkan, mayat lelaki berusia 25 tahun ditemui dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri di atas lantai dalam sebuah bilik di rumah yang belum siap dibina.
A
A
A

IPOH - Wanita yang disyaki terlibat dalam kes kematian suaminya di Tanjung Rambutan di sini pada Selasa telah direman selama tujuh hari sehingga 16 April ini.

Perintah reman terhadap wanita warga Rohingya berusia 37 tahun itu dikeluarkan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, enam individu telah dipanggil bagi memberi keterangan kes tersebut.

"Setakat ini tangkapan hanya dibuat ke atas isteri mangsa.

"Siasatan lanjut masih diteruskan termasuk mengenal pasti motif kejadian," katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.

Media melaporkan, dalam kejadian sekitar jam 10 pagi itu, mayat lelaki berusia 25 tahun ditemui dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri di atas lantai dalam sebuah bilik di rumah yang belum siap dibina.

Kes berkenaan pada awalnya diklasifikasikan sebagai mati mengejut kerana tiada tanda-tanda unsur jenayah pada tubuh mangsa dan lokasi kejadian.

Bagaimanapun hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan di kepala disebabkan objek tumpul.

Artikel Berkaitan:

Pemeriksaan juga menemui kesan lebam baharu pada keseluruhan anggota badan mangsa dan kesan cekik pada leher.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!