Aaron-Wooi Yik mara suku akhir

Aaron (kanan), Wooi Yik. Foto Bernama
Aaron (kanan), Wooi Yik. Foto Bernama
A
A
A

AARON Chia-Soh Wooi Yik, beregu lelaki sensasi negara mengesahkan slot lapan terbaik Kejuaraan Badminton Asia (BAC) di Ningbo, China, pada Khamis.

Bagaimanapun pilihan keempat Aaron-Wooi Yik terpaksa beraksi selama 61 minit sebelum menang 21-18, 14-21, 21-14 ke atas pemain bukan pilihan Jepun, Mitsuhashi-Hiroki Okamura di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik Ningbo.

Sebagai rekod, ini merupakan kemenangan kedua berturut-turut Aaron-Wooi Yik ke atas Mitsuhashi-Okamura, setelah menewaskan pasangan dari Negara Matahari Terbit itu 21-10, 21-14 pada pusingan kedua Terbuka India 2024.

Pada suku akhir, Aaron-Wooi Yik akan menentang pilihan ketujuh dari China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi, yang menewaskan pemain Korea Selatan Kim Young Hyuk-Wang Chan 21-16, 22-20 pada pusingan kedua.

Sementara itu, cabaran Man Wei Chong-Tee Kai Wun berakhir selepas ditunjukkan jalan keluar setelah tewas kepada wakil Taiwan, Lee Jhe-Huei-Yang Po Hsuan 18-21, 17-21.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!