Gempar 'cincin asap' selubungi awan Gunung Etna

Kepulan asap seolah-olah berbentuk cincin yang keluar dari Gunung Etna. - Agensi
Kepulan asap seolah-olah berbentuk cincin yang keluar dari Gunung Etna. - Agensi
A
A
A

ROM - Satu fenomena ‘cincin asap’ di sebuah gunung berapi di Itali menarik perhatian warganet sehingga ia menjadi tular di platform media sosial.

Malah, ada juga pihak yang menganggap ia seperti asap yang dikeluarkan daripada planet makhluk asing sehingga mencetuskan panik dalam kalangan penduduk tempatan.

Namun, ia sebenarnya adalah asap yang keluar dari Gunung Etna, Sicily. Ia berlaku disebabkan oleh pembebasan berterusan wap dan gas yang jarang terjadi kepada gunung berapi lain.

Menurut pakar, jisim gas yang meningkat dengan cepat melalui bahagian tengah saluran akan mendorong kepada pembentukan cincin dengan menyelubungi gas dalam pergerakan pusaran.

Fenomena itu membuatkan penduduk tempatan menamakan gunung berapi itu sebagai ‘Lady of the Rings’. – Agensi

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!