Terpedaya terima komisen tinggi, lelaki rugi RM228,494

 Seorang lelaki kerugian RM228,494 selepas diperdaya satu sindiket penipuan tawaran kerja dalam talian yang tidak wujud baru-baru ini.
Seorang lelaki kerugian RM228,494 selepas diperdaya satu sindiket penipuan tawaran kerja dalam talian yang tidak wujud baru-baru ini.
A
A
A

SEGAMAT - Seorang lelaki kerugian RM228,494 selepas diperdaya satu sindiket penipuan tawaran kerja dalam talian yang tidak wujud baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamzry Marinsah berkata, mangsa pada mulanya tertarik dengan tawaran sindiket tersebut selepas menerima mesej daripada nombor telefon tidak dikenali yang memperkenalkan diri sebagai ejen kerja atas talian.

"Mangsa kemudian muat turun aplikasi 'Acs Shop' yang diperkenalkan oleh suspek. Seterusnya mangsa ditawarkan pekerjaan iaitu perlu menaikkan 'rating' penjual di syarikat tersebut dengan membuat pembelian barangan dan akan peroleh komisen mengejut harga barangan tersebut.

"Bermula dari Januari sehingga Mac lalu mangsa telah membuat bayaran untuk 20 tugasan berjumlah RM228,494 dengan 20 transaksi ke dalam 16 akaun bank yang berbeza," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, bagaimanapun mangsa sehingga kini tidak mendapat wang dan komisen yang dijanjikan sebelum menyedari sudah diperdaya sebelum membuat laporan polis.

Katanya, siasatan mendapati modus operandi yang sering digunakan adalah menawarkan komisen tinggi bagi setiap penugasan.

Justeru katanya, pihak polis menyarankan orang ramai membuat semakan terlebih dahulu ke atas nombor akaun yang diberikan suspek menerusi portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui pautan https://CCID.RMP.Gov.my/semak mule atau boleh memuat turun aplikasi semak mule dalam 'google play store' sebelum membuat sebarang transaksi.

"Masyarakat khususnya pesara-pesara kerajaan dan swasta dinasihatkan untuk lebih berwaspada serta tidak mudah percaya tawaran kerja dalam talian yang dipromosikan melalui laman sosial," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, sebarang nasihat atau maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi balai polis berhampiran atau mengemukakan pertanyaan kepada CCID infoline 0132111222.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!