Lelaki maut, rakan parah BMW terbakar

Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran sebuah kereta dalam kejadian di DUKE dekat Taman Setiawangsa pada Khamis.
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran sebuah kereta dalam kejadian di DUKE dekat Taman Setiawangsa pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera apabila kereta dinaiki dipercayai terbabas sebelum terbakar dalam kejadian di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dekat Taman Setiawangsa pada Khamis.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Anuar Ali berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan berhubung kebakaran sebuah kereta pada jam 2.13 pagi.

"Seramai lima anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Setapak dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis BMW 17 dan didapati 100 peratus terbakar," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Katanya, dua mangsa dipercayai pemandu dan penumpang kereta terbabit terlibat dalam kejadian.

"Seorang mangsa lelaki dewasa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian.

"Bagaimanapun mangsa wanita dewasa yang mengalami kecederaan parah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya.

Menurutnya, punca kebakaran masih belum dikenal pasti.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan berkaitan kebakaran ini masih dijalankan," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!