Pesara polis ditemukan mati di pantai Labuan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

LABUAN - Seorang pesara polis berusia 53 tahun dari Sarawak ditemukan meninggal dunia di pantai berhampiran Sea Sport Complex.

Mangsa dikenali sebagai Abang Shuhada Abang Abdul Ladi ditemukan hanya memakai seluar panjang pada jam 7.05 pagi oleh orang awam.

Ketua Polis Labuan, Superintenden Mohd Hamizi Halim dalam kenyataan hari ini berkata, mayat mangsa ditemukan tertiarap di pantai dan berdasarkan siasatan awal mendapati tiada kecederaan fizikal dikesan pada tubuh badan mangsa.

Hamizi berkata, mayat dihantar ke hospital untuk bedah siasat dan pesara berkenaan bersama keluarganya tiba di Labuan pada jam 12.30 tengah hari pada raya pertama (10 April) dan menginap di sebuah hotel di pusat bandar.

"Pesara itu dilaporkan keluar kira-kira jam 3 pagi dan kehilangannya disedari keluarganya pada sebelah pagi. Puas keluarganya mencari di sekitar kawasan hotel malah di Hospital Labuan tetapi gagal,” katanya.

Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil untuk membantu siasatan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!