Bilik hotel daerah kecil catat tempahan tertinggi

Hotel catat tempahan bilik tertinggi sepanjang musim perayaan Aidilfitri. (Foto 123RF) Gambar kecil: Sri Ganesh
Hotel catat tempahan bilik tertinggi sepanjang musim perayaan Aidilfitri. (Foto 123RF) Gambar kecil: Sri Ganesh
A
A
A

SHAH ALAM - Hotel di kebanyakan daerah kecil di negara ini mencatat tempahan bilik tertinggi sepanjang musim perayaan Aidilfitri.

Presiden Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA), Dr Sri Ganesh Michiel berkata, namun secara keseluruhannya kadar tempahan itu masih berada di tahap rendah iaitu 45 peratus sama seperti tahun lalu.

Katanya, tempahan rendah dan tiada peningkatan itu disebabkan oleh persaingan dalam perniagaan tersebut.

“Pada masa kini orang ramai lebih memilih penginapan tidak berlesen seperti kondominium dan umah inap berbanding menempah hotel.

"Jenis macam ini yang akan dipilih dahulu, kalau sudah penuh atau tidak dapat jumpa homestay baru mereka akan pergi ke hotel,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurut Sri Ganesh, hotel menjadi tempat terakhir untuk mereka menginap dan bukannya pilihan pertama.

“Sebab itu di daerah-daerah kecil seperti Muar dan Batu Pahat di Johor mencatatkan tempahan hotel paling tinggi kerana kurang penginapan tidak berlesen.

“Lagipun rumah kampung tidak cukup bagi keluarga besar, jadi mereka sewa hotel untuk mandi dan tidur,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, pada tahun 2015 tempahan hotel mencatatkan 98 peratus setiap kali perayaan Aidilfitri, berbeza pada masa sekarang.

“Kalau dulu pada musim perayaan hotel semua penuh, memang susah mahu cari bilik terutamanya bagi yang lewat membuat tempahan. Waktu itu penginapan tidak berlesen ini masih kurang.

“Orang tidak buat pembangunan, sekarang hampir semua tempat ada penginapan tidak berlesen. Itu yang berlaku,” jelasnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!