O.J. Simpson meninggal dunia akibat kanser
LOS ANGELES - Bekas bintang National Football League (NFL) Amerika Syarikat, O.J. Simpson yang pernah terpalit dengan kontroversi pembunuhan berkembar meninggal dunia pada usia 76 tahun akibat kanser.
Perkara itu dikongsi ahli keluarganya di platform X.
"Dari keluarga Simpson, pada 10 April, bapa kami, Orenthal James Simpson menyerah diri setelah berjuang melawan kanser.
"Beliau menghembus nafas terakhir di sisi ahli keluarga termasuk anak dan cucunya. Dalam tempoh ini, keluarga beliau berharap agar diberi tempoh bertenang dan menghormati privasi mereka," menurut akaun Simpson di sini, pada Khamis.
Setakat ini tiada sebarang maklumat lain termasuk lokasi mendiang menghembus nafas terakhir.
Mendiang yang juga pernah mencatat nama sebagai pelakon itu sebelum ini pernah dibicarakan atas pertuduhan melakukan pembunuhan kejam ke atas bekas isteri, Nicole Brown Simpson dan teman lelaki isterinya, Ron Goldman pada 1995, tetapi didapati tidak bersalah atas tuduhan itu.
Pada 2017 pula, mahkamah membebaskan Simpson dari penjara di bawah parol selepas dikenakan hukuman penjara selama sembilan tahun atas kesalahan terbabit dalam rompakan bersenjata pada 2008. - Awani
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!