Lelaki parah dipijak gajah ketika cari 'port' buang air besar

Gambar hiasan. Foto 123RF
Gambar hiasan. Foto 123RF
A
A
A

GERIK - Seorang lelaki parah selepas diserang gajah liar ketika mencari 'port' buang air besar berhampiran Tugu Peringatan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli di sini pada Khamis.

Dalam kejadian sekitar jam 7 malam, mangsa berusia 55 tahun singgah di lokasi tersebut kerana mengalami sakit perut sebelum terserempak dengan mamalia terbabit.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff ketika dihubungi mengesahkan menerima aduan kejadian tersebut.

"Akibat serangan itu, mangsa mengalami patah tulang kaki dan tujuh tulang rusuk.

"Mangsa menerima rawatan di Hospital Gerik sebelum dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Yusoff
Yusoff

Menurut Yusoff, lokasi kejadian merupakan kawasan keliaran dan lintasan gajah liar.

Beliau menasihatkan pengguna jalan raya agar tidak berhenti di kawasan hutan terutama pada waktu gelap dan mengambil perhatian berkaitan papan tanda yang memaklumkan kawasan hidupan liar.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!