Imigresen laksana pemantauan 'omnipresence' sekitar ibu negara

Wan Mohammed Saupee
Wan Mohammed Saupee
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengadakan pemantauan omnipresence dengan menugaskan anggota di kawasan tumpuan di sekitar ibu negara.

Pengarahnya, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff dalam kenyataan berkata, antara kawasan tumpuan ialah KLCC, Jalan Silang, Kota Raya, Bukit Bintang dan Chow Kit.

Beliau berkata, penugasan anggota secara berkala itu bagi memastikan warga asing mematuhi undang-undang imigresen selain kawasan berkenaan selesa dikunjungi rakyat dan pelancong asing.

"Jabatan Imigresen Kuala Lumpur sentiasa peka bahawa pentingnya kehadiran dan keberadaan agensi penguat kuasa dirasai rakyat,” katanya. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!