Gelandangan, kemiskinan menular di AS

Khemah gelandangan yang dibina bawah jambatan. Foto AFP
Khemah gelandangan yang dibina bawah jambatan. Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Bilangan gelandangan, pengangguran, kemiskinan, penagihan dadah dan kesihatan mental di Amerika Syarikat (AS) telah meningkat secara meluas pada tahun ini selepas wabak Covid-19 melanda seluruh dunia dan diselang-selikan dengan konflik Ukraine serta Palestin.

Newsweek melaporkan kajian dalam Journal of America Medical Association (JAMA) mendapati terdapat 183,000 kematian membabitkan rakyat Amerika pada tahun 2019, yang dikaitkan dengan kemiskinan.

Keadaan bertambah teruk apabila ramai penduduk Amerika dilucutkan menerima program insurans kesihatan awam atau Medicaid kerana karenah birokrasi.

Sukarelawan memeriksa gelandangan yang tidur di stesen pengangkutan awam akibat tidak mampu bayar sewa rumah. Foto AFP
Sukarelawan memeriksa gelandangan yang tidur di stesen pengangkutan awam akibat tidak mampu bayar sewa rumah. Foto AFP

Hal ini ditambah kekurangan rumah mampu milik dan kos perumahan yang tinggi yang menyebabkan ramai rakyat Amerika hidup dengan gaji kecil memilih untuk menjadi gelandangan.

Ini bermakna lebih ramai orang tidak tahu di mana mereka akan tidur dan akhirnya memilih untuk tinggal di jalanan sehingga terdedah kepada jenayah, keganasan dan cuaca buruk, termasuk panas dan sejuk melampau.

Sebuah keluarga sedang makan malam dalam penempatan sementara yang dibina di tepi jalan raya. Foto AFP
Sebuah keluarga sedang makan malam dalam penempatan sementara yang dibina di tepi jalan raya. Foto AFP

Menurut kajian tersebut, empat negeri seperti California, New York, Florida dan Washington merekodkan masalah sosial seperti gelandangan dan penagihan dadah yang tinggi berbanding tahun lepas akibat krisis ini.

Artikel Berkaitan:

Pengarah Eksekutif The Coalition for Homeless di New York, Dave Giffen berkata, kos sewa rumah meningkat selepas wabak menyebabkan ramai penduduk Amerika tidak lagi mampu membayar kadar sewa dan lebih memilih untuk tinggal di tepi kaki lima, stesen kereta api bawah tanah dan taman awam di bandar raya besar di AS.

Seorang lelaki sedang tidur di kawasan kaki lima di Penn Station di New York. Foto AFP
Seorang lelaki sedang tidur di kawasan kaki lima di Penn Station di New York. Foto AFP

"Selepas era perlindungan pandemik hilang, kita melihat gelandangan, kemiskinan dan masalah sosial lain meningkat.

"Kami juga menyaksikan keluarga diusir dari rumah mereka akibat tidak mampu membayar sewa lagi," katanya. - Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!