Wartawan antara yang cedera dalam serang Israel ke atas kem pelarian di Gaza

Wartawan merakam dari atas bangunan yang rosak berhadapan dengan bangunan hospital al-Salam yang musnah di Khan Yunis selepas Israel menarik pasukan daratnya keluar dari selatan Semenanjung Gaza. Foto AFP
Wartawan merakam dari atas bangunan yang rosak berhadapan dengan bangunan hospital al-Salam yang musnah di Khan Yunis selepas Israel menarik pasukan daratnya keluar dari selatan Semenanjung Gaza. Foto AFP
A
A
A

GAZA - Beberapa orang wartawan cedera dalam serangan tentera Israel yang menyasarkan Kem Pelarian Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu.

Sumber perubatan memberitahu Anadolu, antara yang cedera ialah wartawan lapangan daripada saluran TRT Arabic yang melaporkan mengenai serangan di Gaza.

Lebih daripada 33,600 warga Palestin maut dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober tahun lepas.

Rejim itu juga melakukan sekatan di bahagian pantai mengakibatkan populasi Gaza terutamanya di utara di ambang kebuluran.

Serangan Israel itu telah mengakibatkan 85 peratus daripada penduduk Gaza hilang tempat tinggal selain menghadapi kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang akut sementara kebanyakan daripada infrastrukturnya telah rosak atau musnah.

Israel didakwa di Mahkamah Keadilan Antarabangsa atas pertuduhan melakukan genosid, dan mahkamah itu juga mengarahkannya supaya mengambil lebih banyak tindakan untuk mengelakkan kebuluran di Gaza. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!