'Pilot' pandu Wira dalam misi Jelajah Malaysia ke Makkah

Fauwaz (kanan) dan Sazali bersama Proton Wira yang dinaiki mereka ketika sampai ke pergunungan Tibet sebelum meneruskan perjalanan.
Fauwaz (kanan) dan Sazali bersama Proton Wira yang dinaiki mereka ketika sampai ke pergunungan Tibet sebelum meneruskan perjalanan.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang juruterbang melaksanakan misi Jelajah Malaysia ke Makkah menggunakan laluan darat dalam tempoh kira-kira 30 hari dengan memandu kereta tempatan, Proton Wira.

Lebih menarik, kenderaan milik Muhammad Fauwaz Zamzam, 42, dari Sabak Bernam, Selangor itu telah diubah suai dengan beberapa kemudahan sebagai keselesaan sepanjang pemanduan.

Menurutnya, kenderaan jenama negara itu dilihat lebih praktikal dan mudah dikendalikan sekiranya berdepan kecemasan, selain berbangga dengan produk buatan Malaysia.

Rakaman diambil ketika sampai ke pergunungan Tibet sebelum meneruskan perjalanan Jelajah ke Mekah.
Rakaman diambil ketika sampai ke pergunungan Tibet sebelum meneruskan perjalanan Jelajah ke Mekah.

“Kereta ini telah diubah suai dengan segala kelengkapan yang mungkin diperlukan sepanjang perjalanan dan jika berlaku kerosakan, kita boleh baiki di mana-mana sahaja,” katanya.

Tambahan pula, rakan pengembaranya, Sazali Hassan Basri, 59, dari Shah Alam, Selangor, merupakan seorang bekas Jurutera Teknikal Proton yang sentiasa berkongsi pengalaman dan kepakaran.

Antara peserta Jelajah Malaysia ke Makkah bergambar
ketika sampai di sempadan Laos-China.
Antara peserta Jelajah Malaysia ke Makkah bergambar ketika sampai di sempadan Laos-China.

“Agak mencabar dari segi kekuatan mental dan fizikal, apatah lagi pada bulan puasa dan sambutan Aidilfitri diraikan di jalanan, satu pengorbanan namun memberi nikmat serta muhasabah diri agar lebih dekat dengan ALLAH,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, Sazali berkata, kenderaan berkenaan telah dipersiapkan dan disesuaikan untuk merentasi beberapa laluan termasuk Thailand, Laos, China, Nepal, India, Pakistan, Iran, Iraq, Kuwait dan seterusnya Arab Saudi.

Peserta Jelajah ke Mekah tiba di Boten Railway Station, Laos sebelum meneruskan perjalanan.
Peserta Jelajah ke Mekah tiba di Boten Railway Station, Laos sebelum meneruskan perjalanan.

“Kita singgah di lokasi tertentu untuk berbuka puasa dan berehat sebelum sambung perjalanan, terutamanya ke masjid-masjid dan mendekati komuniti Islam,” jelasnya.

Muhammad Fauwaz dan Sazali antara 19 peserta Jelajah Malaysia ke Makkah menggunakan beberapa jenis kenderaan, antaranya motosikal, kereta dan kenderaan pacuan empat roda.

Mereka yang bertolak pada 23 Mac lalu mengambil masa 30 hari untuk sampai sekali gus membolehkan mereka menunaikan umrah atau haji di Tanah Suci Makkah.

Antara sebahagian peserta Jelajah Malaysia ke Mekah mengibarkan Jalur Gemilang ketika sampai ke sempadan Laos- China.
Antara sebahagian peserta Jelajah Malaysia ke Mekah mengibarkan Jalur Gemilang ketika sampai ke sempadan Laos- China.

Kenderaan Proton Wira yang diubah suai dengan beberapa kelengkapan.
Kenderaan Proton Wira yang diubah suai dengan beberapa kelengkapan.

Fauwaz (kiri) dan Sazali bergambar ketika sampai ke pergunungan Tibet.
Fauwaz (kiri) dan Sazali bergambar ketika sampai ke pergunungan Tibet.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!