Salji runtuh ragut 67 nyawa di Pakistan

Angka kematian dijangka meningkat berikutan operasi SAR sedang giat dijalankan. - Foto Agensi
Angka kematian dijangka meningkat berikutan operasi SAR sedang giat dijalankan. - Foto Agensi
A
A
A

MUZAFFARABAD - Sekurang-kurangnya 67 maut manakala beberapa lagi dilaporkan hilang dalam kejadian runtuhan salji dalam tempoh 24 jam di wilayah Kashmir yang ditadbir Pakistan, menurut pegawai kanan kerajaan hari ini.

Jurucakap polis memaklumkan kebanyakan penduduk kampung terperangkap di Lembah Neelum selepas hujan lebat berterusan yang telah mencetuskan kejadian tanah runtuh.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih giat dijalankan. Angka kematian dijangka meningkat," ujarnya.

Di India, beberapa kejadian runtuhan salji turut meragut sekurang-kurangnya 10 nyawa termasuk lima anggota tentera di bahagian utara Kashmir yang ditadbir New Delhi.

Pada 2012, insiden sama turut mengakibatkan ibu pejabat batalion tentera Pakistan di sempadan India tertimbus dan mengorbankan sekurang-kurangnya 124 askar dan 11 orang awam. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!